Sunday, May 29, 2011

macam mana nak buat orang jatuh cinta kt kita?

sudah berkurun lama tak update..serius mmg malas gile nak menaip membatu depan laptop nih..boleh kematu bontot..haha agak melampau disitu ye..ok lah kali nih aku nak share tips untuk membuat org jatuh cinta..echeche..kita ni semua manusia mesti ada rasa cinta, sayang dan sewaktu dengannya..kadang2 kita suka kt org tu tp org tu tak berapa nak perasan kt kita ni..kadang2 orang suka kt kita tapi kita tak suka dia..kadang2 kita suka orang yang kita suka, kadang2 orang suka orang yang kita tak suka..korang faham kan? aku pn tak faham..ngee~ baiklah..petua yg nak dikongsi ni dr Dato Dr Fadzilah Kamsah ye..beliau adalah idola saye sekian terima kasih..

~wanita idaman lelaki~
  1. Rasa cantik dalam diri, yakin diri. Yakin dengan ciptaan Allah.
  2. Sifat keanak-anakan. Sesekali dan jangan over
  3. Berakhlak mulia, sopan – santun, ada sifat-sifat wanita timur
  4. Beragama, taat perintah Allah
  5. Pandai tapi tak menunjukkan kepandaiannya
  6. Memahami lelaki
  7. Tidak terlalu cerewet, tidak cakap berulang
  8. Tidak terlalu cemburu
  9. Tidak terlalu canggih
  10. Dapat meransang semangat lelaki
  11. Ada kesamaan yang significant
  12. Sejuk mata memandang
  13. Pemaaf
  14. Seimbang
  15. Body language yang cantik
~lelaki idaman wanita~
  1. Nampak segak, macho, kemas
  2. Romantic – pandai mempamerkan kasih saying
  3. Gentleman, lemah-lembut, sopan
  4. Wajah seorang penjaga, pendidik
  5. Bijaksana dan matang, boleh buat keputusan
  6. Understanding, tolak ansur
  7. Dapat membimbing, boleh beri nasihat
  8. Tidak mudah merajuk
  9. Tidak terlalu ego
  10. Kelakar tapi jangan buat lawak bodoh
  11. Tidak kedekut
  12. Layan semua orang dengan baik
  13. Ada sifat yang boleh dibanggakan
  14. Pandai mendengar
  15. Punyai persamaan
  16. Bersih dan wangi
  17. Wajah kebudak-budakan, mudah senyum

Wednesday, May 25, 2011

speaking + speechless = ??

salam..

testing..testing..its been along 4 me to write n spoke in English these day..hahaha..since im no longer a workers so i hve switch the slang 2 BM as i always use..so today i juz like to test myself if i still can remember all the words n verb huhu..i know some words dat i don't know or sure 2 use i translate it from google..but its not a stupid ways rite..it makes u more curious to learn all the words..i take a few days 2 update my blog bcoz im 2 bz wit my work n hangout wit frenz..

sometimes i don't undrstnd y we hve 2 change 4 other people if ur heart is not willing to do it..not everyone appreciate wat we hve done 4 him/her..do change urself b4 u make other people change 4 u..n do appreciate other people who willing to do anythg 4 u..

do u think the post tittle my first n second story relate to each other?i don't think so bcoz im typing diz while my eyes r closing huhuhuhuhuhu...very2 sleepy..zzzzZZZZ

Get It Right (Glee) - Finn/Rachel

Glee Cast-Jar Of Hearts (Full Song +Lyrics)

Saturday, May 21, 2011

nk satu camnih bley x???


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.   Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.   Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.   Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.   Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!   Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!   Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..   Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.   Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.   Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya! Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.   Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.   Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.   Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

::hope ade laki yg btol2 camnih huhu :)